Pengguna jalan raya meredah banjir di Kampung Parit Mahang, Kuala Selangor. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: Jaga kereta, elak rosak ketika banjir

SHAH ALAM, 5 JAN: Dato’ Menteri Besar berkongsi panduan penjagaan kereta ketika banjir dan mengelak daripada berlaku renjatan elektrik.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata orang ramai dinasihat membuka terminal bateri dan keluarkan dari kereta supaya tidak berlaku litar pintas pada sistem elektronik.

“Paip ekzos juga perlu ditutup supaya tidak dimasuki lumpur. Apabila banjir surut anda perlu cuci komponen elektronik dengan air bersih dan keringkan sepenuhnya bagi mengelak karat.

“Langkah ini mengurangkan kos pembaikan jika kereta anda tenggelam sepenuhnya,” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut mengingatkan masyarakat terutama di Selangor agar berhati-hati memandu terutama di kawasan banjir.


Pengarang :