Petugas kesihatan Selcare membuat ujian calitan kepada peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Klinik, hospital swasta lewat lapor kes Covid-19 bakal dikompaun

SHAH ALAM, 30 JAN: Kelewatan klinik dan hospital swasta melaporkan terus keputusan saringan Covid-19 menyumbang kepada peningkatan kes pandemik di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata kenaikan kes terutama semalam disumbang melalui saringan pekerja kilang, penjara serta saringan di pusat perubatan swasta.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan kes kumulatif (backlog cases) boleh dikesan dari kes yang berlaku dalam tempoh 10 hari lalu.

“Bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan mengenakan kompaun kepada klinik atau hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari sama melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan keputusan bersama dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri bagi Kawalan Covid-19 Selangor malam tadi.

Semalam, Selangor merekodkan 3,126 kes Covid-19, lebih separuh daripada 5,725 kes yang dilaporkan di seluruh negara.


Pengarang :