Orang ramai menonton pengumuman khas Pakej Kita Selangor oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook pada 20 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MB lupus pinjaman 762 peminjam Yayasan Selangor

SHAH ALAM, 20 JAN: Kerajaan Negeri melalui Pakej Kita Selangor melupuskan pinjaman (write-off) kepada 762 peminjam Yayasan Selangor.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah itu dibuat kerana mengambil kira kemampuan pembayar dan keadaan semasa pendapatan peminjam.

“Mendepani kesan akibat pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan, Kerajaan Negeri melupuskan pinjaman (write-off) seramai 762 peminjam Yayasan Selangor.

“Jumlah pinjaman yang dilupuskan ini memberi implikasi kewangan berjumlah RM7.177 juta,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini.

Pakej Kita Selangor dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.


Pengarang :