Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 21 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Politik negeri lebih matang, buka ruang demokrasi

SHAH ALAM, 20 JAN: Gerak politik Kerajaan Selangor dilihat lebih matang saban tahun terutama dalam aspek pengurusan dan pentadbiran negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beberapa perubahan agresif dibuat sejak 2008 termasuk menginstitusikan proses semak imbang.

Beliau menjelaskan usaha itu meliputi penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

“Kita turut menubuhkan enakmen kebebasan maklumat yang membolehkan rakyat meneliti dokumen kerajaaan tetapi tetap terikat kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 peringkat Persekutuan,” katanya dalam
forum Politik Generasi Muda secara maya malam tadi.

Pada masa sama, Amirudin berkata Kerajaan Selangor akan membuka ruang demokrasi lebih luas kepada pembangkang dalam usaha memastikan kestabilan negeri.

Beliau menambah Kerajaan Negeri turut memperuntuk RM300,000 kepada wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

 


Pengarang :