Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media khas berhubung perkembangan terkini Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di kediaman rasminya di Shah Alam pada 15 Mei 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB umum Pakej Kita Selangor RM73.9 juta bantu rakyat hadapi PKP

SHAH ALAM, 20 JAN: Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan Pakej Kita Selangor bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pelan dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari juga mahu menyegerakan inisiatif dan program khusus dalam Belanjawan Selangor 2021.

“Saya yakin kita mampu tangani kesan jangka pendek dan jangka panjang Covid-19 berpandukan Perlembagaan serta memartabatkan amalan demokrasi yang berwibawa,” katanya.

Berikut inisiatif berkenaan:

– Sebanyak 19,976 ujian Covid-19 percuma dibuat terhadap golongan sasar termasuk warga emas, golongan berpendapatan rendah B40 dan mahasiswa anak Selangor membabitkan kos RM6 juta

– Tambah baik fungsi aplikasi SELangkah yang membantu pengawasan kendiri individu bergejala melibatkan pusat panggilan 24 jam

– Peruntukan RM3 juta Bantuan Makanan kepada 9,822 petugas perubatan dan 3,500 anggota polis dan tentera

– Penggunaan Bas Smart Selangor secara percuma untuk menghantar pesakit Covid-19 berisiko rendah ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang

– Peruntukan Khas Mesra Rakyat RM100,000 untuk setiap DUN dan RM50,000 untuk ahli parlimen melibatkan perolehan asas seperti beras dan minyak masak

– Pengecualian sewa bulan (Januari) dan penangguhan sewa dua bulan (Februari dan Mac) untuk 2,361 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penangguhan sewa tiga bulan (Januari-Mac) untuk 450 penyewa Skim Smart Sewa melibatkan kos RM2.7 juta

– Lupus pinjaman 762 peminjam Yayasan Selangor bernilai RM7.177 juta

– RM1.3 juta bagi biayai bantuan makanan untuk pemandu teksi, pemandu bas sekolah, penyewa PPR, pemandu lori sisa pepejal kendalian KDEBWM dan Orang Asal

– Peruntukan RM2 juta untuk 10,160 warga tani termasuk baucar petrol RM300 kepada nelayan, makanan ternakan untuk pengusaha ternakan dan makanan mentah untuk warga tani

– Peruntukan RM 1 juta biaya Inisiatif Peduli Anak Barisan Hadapan dengan pembukaan taska dan pusat jagaan sementara percuma di hospital awam serta premis sementara

– Lancar Portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menerusi portal ePTRS.my untuk pelbagai program pembelajaran antaranya program kemahiran belajar ‘smart learning’ dan Program Pecutan Akhir SPM

BERITA LANJUT MENYUSUL


Pengarang :