Anggota penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serbu kilang lebur tembaga yang beroperasi tanpa lesen. 21 Januari 2020. Foto: MDHS
PBTSELANGOR

MDHS sita kilang lebur tembaga, operasi tanpa lesen

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyita sebuah kilang lebur tembaga yang beroperasi tanpa lesen di kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa di sini, kelmarin, kata yang dipertuanya.

Dr Mohd Azhar Mohamed Ali berkata hasil pemeriksaan turut menahan 16 pekerja asing.

“Siasatan dalam premis menemui beberapa jongkong tembaga yang siap diproses. Malah, polis juga berjaya menahan 16 pekerja asing,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Azhar, pemeriksaan dalam premis itu dilakukan mengikut peruntukan Undang-undang Kecil 35 dan 36, Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian(MDHS) 2007.

“Kita turut menyita tiga forklift, dua set penjana elektrik, 20 jongkong tembaga dan beberapa jenis peralatan melebur,” katanya.

 


Pengarang :