Tanah runtuh di Bukit Kimanis Sabah memusnahkan dua rumah berikutan hujan lebat pada 10 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

MetMalaysia: Hujan lebat di Sabah, Sarawak sehingga Isnin

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menyatakan, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Di Sabah pula kawasan terlibat termasuklah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat, Kudat, Telupid, Beluran dan Sandakan.

Amaran yang sama juga dikeluarkan untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

– BERNAMA


Pengarang :