Selangorkini
PBT SELANGOR

MPKj sita tiga lori buang sampah haram bulan ini

SHAH ALAM, 29 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita tiga lori kerana terbabit dalam aktiviti membuang sampah haram sepanjang bulan ini.

Yang dipertuanya berkata jumlah itu berkurang berbanding 15 kenderaan dikenakan tindakan untuk tempoh sama tahun lalu ekoran pelaksanaan operasi statik di pintu masuk tapak sampah berkenaan.

“Dua lori disita ketika membuang sampah di Jalan Kuari Sungai Long, Sungai Serai di mukim Hulu Langat manakala satu lagi di kawasan lain yang tidak dijalankan secara komersial.

“Sebanyak 39 kompaun dikeluarkan atas kesalahan itu mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 4 dan UUK 13(1) Pembuangan, Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap MPKj 2007,” kata Dato’ [email protected] Khalid dalam kenyataan.

Beliau berkata tindakan itu diambil Unit Alam Sekitar (Gempur), Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan (JPPK) dan gerakan membanteras kegiatan haram itu akan diteruskan MPKj bagi menjamin kualiti hidup masyarakat.

Untuk rekod, pihak berkuasa tempatan itu menyita 101 lori atas kesalahan berkenaan sepanjang tahun lalu.


Pengarang :