Anggota penguat kuasa, keselamatan dan pelesenan MPS memeriksa pasar awam sekitar Selayang bagi memastikan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) peniaga serta pengunjung pada 20 Januari 2021. Foto MPS
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPS kompaun peniaga tiada lesen, timbul kacau ganggu

SHAH ALAM, 21 JAN: Sebanyak 21 kompaun atas pelbagai kesalahan dikeluarkan terhadap peniaga dan penjaja sekitar Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pengarah Jabatan Korporatnya berkata kesalahan meliputi tidak memiliki lesen, menimbulkan halangan di kaki lima dan kacau ganggu.

Mohamad Zin Masoad memaklumkan pihaknya turut menyita barangan dua dari 263 premis yang diperiksa dan mengeluarkan enam notis arahan henti aktiviti.

“MPS akan terus memantau untuk memastikan setiap peraturan dan arahan dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam kenyataan.

“Semua pengunjung dan peniaga juga diingatkan memberi kerjasama serta membantu usaha kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Semalam, MPS melakukan pemeriksaan bagi memantau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dalam kalangan peniaga dan pengunjung pasar awam, kedai serta kiosk pasar raya.

Sementara itu, Mohd Zin berkata keadaan premis niaga sekitar kawasan pihak berkuasa tempatan berkenaan terkawal dan pengunjung mematuhi peraturan ditetapkan.

 


Pengarang :