Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed
AGENDANASIONAL

Mustapa Mohamed positif Covid-19, keadaan stabil

SHAH ALAM, 10 JAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Pejabat Menteri dalam kenyataan media berkata beliau menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam.

Katanya beliau dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada jam 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil.

“Datuk Seri Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah SWT memudahkan urusan kita semua,” katanya.

Pada 1 Januari lalu beliau menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif.

 


Pengarang :