Dr Siti Mariah Mahmud menjelaskan mengenai Skim Insurans Peduli Sihat pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Papaku Adiwira bantu kaum bapa tambah ilmu bimbing keluarga

SHAH ALAM, 16 JAN: Program Papaku Adiwira dilancar Kerajaan Negeri menjadi saluran buat golongan bapa menambah ilmu untuk membimbing keluarga masing-masing.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata program dimulakan sejak November tahun lalu yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook menampilkan beberapa pakar keluarga seperti Fazli Yusuf dan Ustaz Syaari Ab Rahman.

“Kita bawa mereka supaya dapat berkongsi pengalaman dengan kaum bapa sekali gus dapat menimba ilmu bagaimana menjadi bapa mithali.

“Justeru saya harap kaum tersebut mengambil ilmu ini dan mainkan peranan serta jadi contoh kepada ahli keluarga. Mungkin dapat mengurangkan masalah kepincangan dalam keluarga,” kata Dr Siti Mariah Mahmud menerusi program Papaku Adiwira.

Beliau berkaya, pihaknya akan meneruskan program berkenaan selepas mendapat maklum balas positif orang ramai namun pandangan selanjutnya diperlukan untuk penambahbaikannya.

Pada sidang Dewan Negeri Selangor lalu, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri komited dalam membina keluarga yang sihat dan bermotivasi di negeri ini.

Peranan kaum bapa menjadi tunjang keluarga turut dititikberatkan justeru program wacana Papaku Adiwira diwujudkan untuk memupuk kemahiran kebapaan berkenaan.


Pengarang :