Ir Izham Hashim bercakap pada taklimat perancangan penyelesaian masalah bekalan air Sungai Selangor dan Sungai Semenyih akibat pencemaran di Bilik Gerakan Pejabat Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 26 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Pesisir Kuala Selangor-Sabak Bernam diwarta, pastikan benih kerang selamat

SHAH ALAM, 5 JAN: Kerja pengukuran kawasan benih kerang sepanjang pesisir pantai Kuala Selangor hingga Sabak Bernam akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

EXCO pertanian berkata langkah itu dapat memastikan kerang bermutu tinggi yang hidup secara semula jadi di situ tidak diseludup pihak lain.

“Proses pengukuran akan dibuat bersama Kerajaan Selangor. Ini sebahagian daripada kerja mewartakan kawasan terbabit,” kata Ir Izham Hashim kepada SelangorKini hari ini.

Menurutnya, jalinan kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta polis turut dilakukan bagi memelihara kawasan yang diwartakan.

“Insiden curi, seludup benih kerang ini bukan perkara baharu. Hukuman juga memang ada namun pesisir luas serta pantai cetek memudahkan kerja ini.

“Kita harapa langkah mewartakannya memudahkan tindakan bersepadu bagi menangani isu berkaitan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan penternak kerang di pesisir Pantai Sungai Leman, Sekinchan berdepan ancaman aktiviti mencuri benih kerang didakwa dilakukan sindiket yang menggunakan bot roto.


Pengarang :