Petugas kesihatan membuat saringan Covid-19 ke atas penduduk Klang di Taman Bayu Perdana pada 23 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Petaling daerah tertinggi catat kes harian Covid-19

SHAH ALAM, 5 JAN: Petaling mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 162 jangkitan termasuk 80 kes dikesan dari dua kluster baharu, Kluster Jalan Playar (64) dan Sri Suria (16).

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata daripada jumlah itu, mukim Damansara mencatatkan 127 kes, Petaling (25), Sungai Buloh (sembilan) dan Bukit Raya (satu).

“Hulu Langat mencatat 141 kes membabitkan 80 jangkitan di Kajang, Ampang (29), Cheras (17), Semenyih (12) dan Beranang (tiga).

“Klang menjadi daerah ketiga tertinggi dengan 55 kes iaitu 51 di mukim Klang dengan 41 dikesan hasil sarifan kontak rapat manakala Kapar merekodkan empat kes,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Agensi berkata Gombak mencatatkan 68 kes melibatkan 25 di Rawang, Batu (24), Hulu Klang (15), Kuang (tiga) dan Setapak (satu) manakala Sepang mencatatkan 28 kes membabitkan Dengkil (25), Labu (dua) dan Sepang (satu).

Katanya, sebanyak 24 kes dilaporkan di Kuala Selangor dengan tujuh jangkitan di Ijok, Bestari Jaya dan Kuala Selangor (enam), Jeram (empat) dan Api-api (satu).

“Kuala Langat mencatatkan 19 kes, 10 di Tanjong Dua Belas, Telok Panglima Garang (lima), Jugra dan Morib (masing-masing dua).

“Sebanyak tujuh kes di Hulu Selangor, masing-masing di Ampang Pecah (empat) dan Serendah (tiga). Di Sabak Bernam twrdapat lima kes, dua di Bagan Nakhoda Omar dan Pancang Bendena manakala satu di Pasir Panjang,” katanya.

 

 


Pengarang :