Petugas Pejabat Kesihatan Kuala Langat mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas seorang warga asing di Pangsapuri Langat Utama, Kuala Langat pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Petaling kekal daerah tertinggi wabak, catat 1,654 kes

SHAH ALAM, 30 JAN: Petaling kekal menjadi daerah tertinggi kes harian Covid-19 tiga hari berturut-turut dengan catatan 1,654 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata terdapat 773 kes dari mukim Damansara diikuti mukim Petaling (506), mukim Sungai Buloh (232) dan Bukit Raja (143).

“Daerah kedua tertinggi pula ialah Sepang iaitu 625 kes dengan majoriti jangkitan di Labu sebanyak 566 kes, mukim Sepang (36) dan mukim Dengkil (23).

“Klang pula mencatat 335 kes diikuti Hulu Langat (279), Gombak (268), Kuala Langat (58), Sabak Bernam (44), Kuala Selangor (13) dan Hulu Selangor (10),” katanya menerusi Facebook.

Hari ini, Selangor merekodkan 3,285 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan kes di negeri ini ialah 65,474 kes.


Pengarang :