Penumpang Bas Smart Selangor berbaris dan mengenakan pelitup muka sebelum menggunakan perkhidmatan percuma itu di Seksyen 13, Shah Alam pada 2 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

PKP: Bas Smart Selangor beroperasi seperti biasa

SHAH ALAM, 14 JAN: Bas Smart Selangor beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO pengangkutan awam.

Ng Sze Han berkata bilangan bas dan waktu perjalanan juga tidak dikurangkan sepanjang tempoh berkenaan yang berkuat kuasa mulai semalam.

“Bagaimanapun, semua penumpang perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan, jaga jarak dan sentiasa guna cecair pembasmi kuman,” katanya ketika dihubungi.

Pada 11 Januari, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Pelaksanaan itu bermula semalam sehingga 26 Januari susulan peningkatan kes Covid-19.


Pengarang :