Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat (tiga dari kiri) bersama komuniti setempat di gelanggang futsal di Flat Palma, Bandar Country Homes pada 8 Januari 2021. Foto Facebook Chua Wei Kiat.
ADNSELANGOR

RM40,000 diperuntuk bina gelanggang futsal di Flat Palma

SHAH ALAM, 10 JAN: Sebanyak RM40,000 diperuntukkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang bagi membina gelanggang futsal di Flat Palma, Bandar Country Homes dekat sini.

Ahli Dewan Negerinya berkata kemudahan tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 penduduk di kawasan tersebut.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, penduduk di sini membuat aduan agar gelanggang ini diwujudkan maka saya mengambil inisiatif merealisasikannya.

“Semoga masyarakat di kawasan initerutama anak muda dapat menggunakannya dengan baik sekali gus memupuk budaya hidup sihat,” kata Chua Wei Kiat kepada SelangorKini.

Beliau berkata gelanggang futsal itu dibina Oktober tahun lalu itu dan siap dalam tempoh sebulan.


Pengarang :