Petugas Kesihatan Selcare melakukan saringan Covid-19 ketika Program Ujian Antigen RTK Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sabak Bernam rekod sifar kes Covid-19

SHAH ALAM, 24 JAN: Sabak Bernam menjadi satu-satunya daerah di Selangor merekodkan sifar kes Covid-19 hari ini.

Menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Hulu Langat merekodkan angka paling tinggi dengan 415 kes namun 121 daripadanya melibatkan kes penjara.

Selain itu penularan dalam penjara turut dikesan di Hulu Selangor yang mencatat 57 daripada 68 kes baharu keseluruhan di daerah tersebut.

Kes harian di daerah lain pula adalah Kuala Selangor (146), Kuala Langat (129), Gombak (98), Klang (50), Sepang (28), Petaling (15) serta satu kes import.

Hari ini Selangor merekodkan 950 kes baharu Covid-19 dengan 323 kes melibatkan penularan kluster, 482 saringan kontak rapat, 144 saringan lapangan dan satu kes import

Pertambahan tersebut menjadikan bilangan keseluruhan kes di negeri ini 54,334 dengan 7,231 daripadanya kes aktif.

Secara keseluruhan Malaysia merekodkan 3,346 kes menjadikan jumlah keseluruhan 183,801 kes dengan 41,677 daripadanya kes aktif.


Pengarang :