Anggota Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melakukan proses nyahkuman di pos kawalan keselamatan dan khemah agensi Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan pada 16 November 2020. Foto ihsan MPSepang
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Saringan pekerja punca kes Covid-19 Sepang melonjak

SHAH ALAM, 9 JAN: Sebanyak 139 kes Covid-19 dilaporkan di Sepang hari ini dengan 76 kes melibatkan saringan pekerja, menurut Jabatan Kesihatan Negeri.

Agensi itu memaklumkan daerah tersebut yang mencatatkan kes harian tertinggi mengesan 128 kes di mukim Dengkil, Labu (enam) dan Sepang (lima).

Hulu Langat pada kedudukan kedua merekodkan 133 kes, 61 daripadanya di mukim Kajang, Ampang (28), Cheras (26), Hulu Langat (lima) dan Beranang (empat).

“Klang pula mencatatkan 99 kes iaitu 79 di mukim Klang dan 20 di Kapar,” maklum agensi itu di Facebook.

Jabatan itu menambah Kuala Langat melaporkan 67 kes meliputi 24 kes di mukim Tanjung 12 (1), Telok Panglima Garang (22), Tanjung 12 (2) (14), Jugra (tiga), Bandar (dua) serta Batu dan Morib masing-masing satu.

Menurutnya, sebanyak 51 kes dicatatkan di Petaling iaitu 23 kes di mukim Damansara, Petaling (18), Sungai Buloh (enam) dan Bukit Raja (empat).

“Gombak pula merekodkan 49 kes meliputi 35 di mukim Batu, Setapak (lima) manakala Batu, Hulu Kelang, Kuang dan Rawang masing-masing tiga kes.

“Sebanyak 14 kes di Kuala Selangor membabitkan tujuh di mukim Ijok, Bestari Jaya (empat) serta Jeram, Kuala Selangor dan Tanjung Karang (satu),” tulisnya.

Sementara itu, lapan daripada 12 kes di Hulu Selangor melibatkan mukim Kerling, Serendah (tiga) dan Kalumpang (satu).


Pengarang :