Petugas kesihatan memasukkan sampel calitan ke dalam bekas khas untuk menjalani ujian makmal ketika program Saringan Komuniti Covid-19 Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Satu lagi kluster baharu Covid-19 di Selangor, babit tempat kerja

SHAH ALAM, 14 JAN: Satu daripada tujuh kluster baharu Covid-19 dalam negara hari ini membabitkan Selangor yang tercetus di tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes Kluster Jalan Selayang di Gombak diuji positif wabak semalam hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya di Selayang Baru.

“Sehingga hari ini, seramai 511 individu sudah disaring dengan 84 daripadanya disahkan positif Covid-19,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 623 kluster dilaporkan setakat ini, 347 kluster tamat manakala 276 lagi kluster aktif yang dipantau.

Enam kluster lain dalam negara seperti berikut:

1. Kluster Tropika – Kluster melibatkan Johor Bahru di Johor

2. Kluster Pasir Barat – Kluster tempat kerja melibatkan Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor

3. Kluster Tapak Bina Dutamas – Kluster tempat kerja melibatkan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Kluster Jalan Pahang – Kluster melibatkan Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5. Kluster Jalan Rantau-Siliau – Kluster tempat kerja melibatkan Port Dickson di Negeri Sembilan

6. Kluster Intan Mas – Kluster melibatkan Hilir Perak di Perak


Pengarang :