Hasnul Baharuddin (dua, kanan) menghadiri Mesyuarat Agung PIBG ke-16 di Dewan Sekolah Rendah Agama Seri Jugra pada 17 Mac 2019. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Dun Morib -YB Hasnul
ADNSELANGOR

Sebelas sekolah DUN Morib terima dana naik taraf kemudahan

SHAH ALAM, 8 JAN: Sebanyak 11 buah sekolah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib menerima bantuan kewangan berjumlah RM331,000 untuk menambah baik infrastruktur.

Wakil rakyatnya berkata sumbangan Kerajaan Negeri merangkumi dua sekolah maahad tahfiz, satu madrasah tahfiz dan dua Kelas Al-Quran dan Fardu Ain.

Hasnul Baharuddin memaklumkan dana turut disalur kepada sebuah sekolah rendah integrasi, tiga sekolah jenis kebangsaan (SJK) Tamil dan dua SJK Cina.

“Peruntukan diagih mengikut bilangan murid dan keperluan membina infrastruktur dengan tertinggi menerima RM100,000 manakala terendah RM5,000,” tulisnya di Facebook.

Pada 23 November lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan dana berjumlah RM22.473 juta untuk menaik taraf infrastruktur 740 buah sekolah di Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu, sekolah agama rakyat merupakan penerima terbesar sebanyak RM9.113 juta melibatkan 538 sekolah diikuti 101 SJK Cina (RM6 juta) dan 83 SJK Tamil (RM4.36 juta).

Turut menerima manfaat, empat sekolah menengah persendirian Cina (RM2 juta) serta 14 sekolah mubaligh dan sekolah menengah jenis kebangsaan (RM1 juta).


Pengarang :