Petugas Kesihatan Selcare melakukan saringan Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Selangor catat 1,577 kes baharu Covid-19, satu kluster dikesan

SHAH ALAM, 28 DIS: Selangor merekodkan sebanyak 1,577 kes harian Covid-19, kedua tertinggi pernah direkodkan di negeri ini.

Angka tertinggi penularan wabak di Selangor adalah 1,623 kes yang dicatatkan pada 24 November tahun lepas.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu adalah 59,063 dengan 5,423 daripadanya kes aktif.

“Pecahan kes baharu hari ini melibatkan penularan kluster (12), saringan kontak rapat (998), saringan lapangan (312) dan kes import (tiga).

“Satu kluster baharu juga dikesan iaitu kluster Jalan Pakat di Ijok. Seramai 27 kes positif dikesan sehingga hari ini,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Secara keseluruhan Malaysia merekodkan 4,094 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 198,208 sejak penularan wabak.

Seramai 303 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) serta 10 kematian direkodkan hari ini.


Pengarang :