Anggota Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membantu seorang gelandangan untuk melakukan saringan Covid-19 ketika Operasi Bersepadu Menyelamat Gelandangan Siri Satu 2021 di sekitar ibu kota pagi 24 Januari 2021. Foto: BERNAMA
SELANGOR

Selangor catat empat kematian, kesan dua kluster baharu

SHAH ALAM, 30 JAN: Sebanyak empat kematian berpunca jangkitan Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini menurun berbanding sembilan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu tiga adalah lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia lingkungan 53 hingga 78 tahun.

“Manakala, sebanyak dua kluster baharu dicatatkan iaitu kluster Jalan Trompet di Klang dan Petaling serta kluster Kampung Hala di Sabak Bernam.

“Kedua-dua kluster ini melibatkan jangkitan di tempat kerja yang mana 74 kes dikesan positif dari kluster Jalan Trompet dan kluster Kampung Hala (16),” katanya dalam kenyataan.

Keseluruhan jangkitan di Malaysia mencatat 5,728 kes hari ini manakala Selangor kekal menjadi negeri tertinggi wabak dengan 3,285 kes.


Pengarang :