Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSIBERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Selangor catat empat kluster baharu, dua berpunca tempat kerja

SHAH ALAM, 7 JAN: Sebanyak empat lagi kluster dikesan di Selangor dengan dua darinya merupakan jangkitan tempat kerja, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Dataran Luas, Casa Permai dan Medan Jasa disahkan di Petaling melibatkan 239 kes positif Covid-19 setakat semalam.

“Seramai 196 individu disaring berkait kluster Dataran Utas, 66 disahkan positif selepas syarikat melakukan saringan. Kluster Casa Permai melibatkan 109 kes positif apabila 650 pekerja pasar raya menjalani ujian bersasar.

“Dalam kluster Medan Jasa, seramai 142 disaring dengan 64 kes dilaporkan positif Covid-19. Kluster ini turut melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media semalam.

Menurutnya, satu lagi kluster baharu, Tasik Utama dikesan di Hulu Langat membabitkan 49 kes positif virus itu.

“Kes ke-123,974 merupakan kes indeks yang dikesan selepas melakukan saringan bergejala. Seramai 511 telah disaring dalam kluster ini,” katanya.


Pengarang :