Sebahagian dari 300 pekerja Top Glove yang dibawa keluar oleh petugas kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove Meru Klang pada 23 November 2020. Foto: BERNAMA
SELANGOR

Selangor catat sembilan kematian, dua kluster baharu

SHAH ALAM, 29 JAN: Sebanyak sembilan kematian berpunca daripada jangkitan Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu lima adalah lelaki dan empat wanita yang masing-masing berusia lingkungan 36 hingga 93 tahun.

“Manakala, sebanyak dua kluster baharu dicatatkan di Selangor iaitu kluster Persiaran Subang di Petaling dan kluster Industri Indah di Klang.

“Kedua-dua kluster ini melibatkan jangkitan di tempat kerja yang mana 47 kes dikesan positif dari Kluster Industri Indah sementara Kluster Persiaran Subang (16),” katanya dalam kenyataan.

Keseluruhan kes di Malaysia pula melonjak kepada 5,725 kes hari ini manakala Selangor menjadi negeri tertinggi jangkitan Covid-19 dengan 3,126 kes.


Pengarang :