Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas program penyerahan ayam subsidi PKPS Prihatin di Dewan Terbuka Padang Awam, Batu Caves pada 24 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor edar 40,000 kad SIM, mudahkan urusan rakyat luar bandar

BATU CAVES, 24 JAN: Sebanyak 40,000 kad SIM internet akan diagihkan kepada penduduk luar bandar pada Mac bagi mendapatkan rangkaian komunikasi memuaskan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan melalui program Rakan Digital dihadkan untuk pembelajaran dan perniagaan sahaja.

“Kita akan selaraskan program data untuk rakyat Selangor dengan pejabat daerah supaya matlamatnya tercapai,” katanya ditemui selepas melihat proses agihan ayam di di sini.

Beliau memberi jaminan masalah capaian internet di kawasan pendalaman negeri akan diatasi sepenuhnya menjelang 2022, berdasarkan perjanjian bersama Telekom Malaysia.

Amirudin berkata usaha dilaksana Smart Selangor Delivery Unit sudah dimulakan di Kuala Selangor dan akan diteruskan di beberapa kawasan luar bandar yang lain.

“Sekitar 60 hingga 70 peratus kawasan dalam negeri ini mendapat akses berkapasiti tinggi. Hanya beberapa lokaliti menerima rangkaian 2G yang masih boleh menghantar pesanan tetapi bukan video,” jelasnya lagi.


Pengarang :