EXCO Kerajaan Negeri Ir Izham Hashim berucap pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Sungai Klang Link Sdn Bhd dan Landasan Lumayan Sdn Bhd di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor kaji rancangan bina lima lebuh raya – EXCO

SHAH ALAM, 28 JAN: Kerajaan Selangor sedang meneliti lima cadangan projek lebuh raya yang mahu dibina dalam negeri ini.

EXCO infrastruktur dan kemudahan awam berkata pihaknya akan menilai kesan pembinaan jajaran lebuh raya terbabit terhadap penduduk, alam sekitar serta kesesakan lalu lintas sekiranya kebenaran diberikan.

“Projek ini bawah Kerajaan Persekutuan. Mereka hubungi kita untuk bentang jajaran dan akan buat keputusan peringkat negeri.

“Kita akan teliti seluruh aspek. Biasanya tidak ditolak kerana ia menyumbang kepada perhubungan lebih baik namun akan sertakan syarat yang ketat supaya tak beri masalah kemudian hari,” kata Ir Izham Hashim dalam rancangan Apa Khabar Selangor? yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Amanah Negara Selangor.

Menurutnya, satu daripada projek berkenaan membabitkan Bangi dan Putrajaya sudah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memandangkan ia melibatkan laluan Sungai Langat.

“Kita bimbang projek ini beri kesan pada sungai, pencemaran malah ia babitkan perpindahan penduduk. Jadi nak kena teliti dan kaji selanjutnya sebelum beri kebenaran,” katanya.


Pengarang :