BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor Xtiv Virtual sasar 300,000 peserta tahun ini

SUNGAI BULOH, 10 JAN: Penganjuran Selangor Xtiv Virtual diteruskan tahun ini dengan menyasarkan 300,000 peserta dari seluruh negara.

EXCO sukan berkata keputusan itu berikutan sambutan menggalakkan tahun lalu dengan lebih 180,000 penyertaan sejak dilancarkan pada Mei 2020.

“Tahun ini kita mahu perluaskan program ke kawasan luar bandar untuk membantu belia menjana pendapatan melalui sukan terutama dalam tempoh perintah kawalan,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Program meliputi Selangor Xtiv Virtual e-Sport, Selangor Xtiv Virtual Run, Selangor Martial Art Xtiv, Selangor Xtiv Fifa Pro Club dan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking.

Satu-satunya negeri yang berjaya menganjurkan pertandingan sukan maya berskala besar berserta hadiah, program itu turut menerima pengiktirafan Majlis Sukan Negara.

Ia turut menarik penyertaan luar negara antaranya Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun, India dan Amerika Syarikat.


Pengarang :