Petugas kesihatan meletakkan sampel saringan Covid-19 ke panel khas ‘buffer tube’ yang digunakan untuk mengesan jangkitan virus Covid-19 dengan pantas menggunakan mesin analisa Standard F200 SD Biosensor ketika program saringan diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sepang daerah tertinggi rekod kes Covid-19

SHAH ALAM, 3 JAN: Sepang menjadi daerah tertinggi mencatatkan kes harian Covid-19 dengan 166 kes semalam, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Menurutnya, pertambahan itu berpunca dari saringan pekerja iaitu 164 disaring di Dengkil dan dua kes di Labu.

“Hulu Langat pula mencatatkan 125 kes apabila 64 kes dikesan di mukim Kajang, Cheras (21), Ampang (20), Semenyih (16) dan Hulu Langat (satu).

“Daerah ketiga tertinggi kes Covid-19 ialah Klang dengan 86 kes dengan mukim Klang mencatatkan 65 kes dan mukim Kapar iaitu 21 kes,” kata jabatan itu menerusi kenyataan di Facebook.

JKNS turut memaklumkan Gombak merekodkan kes Covid-19 sebanyak 57 kes iaitu mukim Batu (28), Hulu Kelang (13), Setapak (10), Kuang (empat) dan Rawang (dua).

Kuala Langat pula dengan 54 kes iaitu mukim Teluk Panglima Garang (38) dan Tanjung Dua Belas (satu).

“Kuala Selangor pula mencatat 28 kes iaitu 13 kes di Ijok, Jeram (lapan), Api-Api, Bestari Jaya dan Ujung Permatang masing-masing dua serta satu di mukim Kuala Selangor.

“Manakala, sembilan kes di Ampang iaitu enam di Serendah dan satu di Ampang Pecah,” katanya.


Pengarang :