BERITA UTAMASELANGOR

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri nasihat sambut Thaipusam ikut SOP

SHAH ALAM, 27 JAN: Duli Yang Maha Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri menasihatkan semua penganut agama Hindu menyambut perayaan Thaipusam secara sederhana di rumah masing-masing mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin juga mengingatkan peserta yang terlibat perarakan membawa pedati ke Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves mematuhi SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Baginda berdua berharap agar perayaan Thaipusam kali ini diraikan dalam suasana harmoni dan aman,” titah baginda menerusi perutusan perayaan Thaipusam disiarkan Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Sementara itu, baginda mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu terutama penduduk negeri ini.


Pengarang :