Kerja pengalihan paip sementera yang terputus susulan tanah runtuh di Damansara Utama giat dilaksanakan sejak jam 12.30 malam 30 Disember 2020. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Tambah baik sistem paip, tiga wilayah terjejas bekalan air Selasa depan

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu akan dilaksanakan di Persiaran Selangor, Seksyen 15, Selasa depan bagi membolehkan sistem pengagihan air berada di tahap yang baik.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata susulan itu 36 kawasan di wilayah Petaling, Shah Alam dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam mulai 9 pagi, 12 Januari.

“Penambahbaikan infrastuktur paip ini juga merupakan usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan pengguna di masa hadapan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Agensi juga meminta pengguna terjejas supaya menyimpan bekalan secukupnya serta menggunakan air secara berhemat sepanjang gangguan berlaku.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan berbeza di setiap kawasan bergantung kepada jarak lokasi serta tekanan air pada sistem agihan.

“Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Air Selangor, http://www.airselangor.com atau merujuk saluran komunikasi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter serta hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Kawasan yang terjejas bekalan air seperti berikut:


Pengarang :