Ujian vaksin Covid-19 fasa ketiga akan menguji sama ada ia dapat ‘melindungi sejumlah besar orang dalam jangka masa panjang’.
AGENDANASIONAL

Tinjauan KKM: 67 peratus rakyat setuju terima vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 1 JAN: Sebanyak 67 peratus daripada 212,006 responden bersetuju menerima suntikan vaksin Covid-19, menurut tinjauan dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hasil undian `Tinjauan Vaksin: Terima Atau Tolak?’ secara dalam talian dari 21 hingga 28 Disember lalu mendapati 17 peratus memberi maklum balas tidak pasti manakala 16 peratus lagi tidak bersetuju menerima suntikan tersebut.

“KKM memahami kerisauan dan kebimbangan mengenai isu keselamatan, keberkesanan dan kesan sampingan vaksin Covid-19 dan akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyalurkan informasi yang tepat dan telus,” katanya menerusi Facebook.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember lalu mengambil ketetapan hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ketetapan itu juga disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.


Pengarang :