Ahli Dewan Negeri Chua Wei Kiat menyerahkan bantuan pek makanan segar kepada keluarga kategori berpendapatan rendah (B40) di kawasannya. 24 Januari. Foto Facebook ADN Rawang
ADNSELANGOR

Wakil rakyat agih makanan segar kepada keluarga B40 Rawang

SHAH ALAM, 28 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang mengagihkan 550 pek makanan segar kepada keluarga kategori berpendapatan rendah (B40) di kawasan terbabit, 24 Januari lalu.

Chua Wei Kiat berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan beban mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Wei Kiat, makanan seperti ikan, ayam dan sayur diperoleh daripada hab Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) Kuala Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Srikandi Rawang.

“Bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar kita mengambil inisiatif dengan menghantar terus pek makanan segar ini ke kediaman penerima.

“Kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. Malah, ada segelintir keluarga sangat gembira kerana sudah lama tidak dapat merasai makan ikan,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Wei Kiat berkata beliau mengalu-alukan sumbangan orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu golongan berkenaan.

“Saya bercadang untuk meneruskan inisiatif ini dengan mempelbagaikan jenis bantuan kepada keluarga B40,” katanya.


Pengarang :