Ketua Wanita KEADILAN Selangor merangkap EXCO Kerajaan Negeri Rodziah Ismail (dua, kanan) menyerahkan sumbangan mangsa banjir kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (tengah) di Dewan Pusat Wanita Berdaya Seksyen 23 Shah Alam. Foto ihsan Rodziah Ismail
EXCOSELANGOR

Wanita KEADILAN Selangor wujud jawatankuasa bantu mangsa banjir

SHAH ALAM, 27 JAN: Wanita KEADILAN Selangor menubuhkan jawatankuasa khas bagi membantu mangsa banjir.

Ketuanya berkata Jawatankuasa Sukarelawan dan Kebajikan diwujudkan pada 10 Januari lalu dengan tumpuan pada fasa pertama kepada golongan berkaitan di Pahang.

“Terdapat empat pakej bantuan kit iaitu bayi, perempuan, lelaki dan kesihatan, pembahagian kit sebegini memudahkan agihan sumbangan,” kata Rodziah Ismail selepas Program Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Wanita KEADILAN Selangor kepada Wanita KEADILAN Pahang.

Program di Dewan Pusat Wanita Berdaya Seksyen 23 di sini turut dihadiri Ketua Wanita KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Rodziah yang juga EXCO Kerajaan Negeri memaklumkan jawatankuasa tersebut diselaraskan Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Selangor serta Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin.

Sebelum ini Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengumumkan bantuan RM2 juta kepada tiga negeri yang dilanda bencana banjir.


Pengarang :