Yang dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad memberi sumbangan sempena Tahun Baharu Cina. 11 Februari 2021.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

1,140 masyarakat Cina terima sumbangan Pekawanis

SHAH ALAM, 13 FEB: Seramai 1,140 masyarakat Cina golongan berpendapatan rendah (B40) menerima sumbangan Tahun Baharu Cina daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Yang dipertuanya berkata pemberian membabitkan peruntukan sebanyak RM152,000 diharap dapat meringankan beban golongan berkenaan menyambut perayaan.

“Sumbangan itu bertujuan meringankan beban dan menambah keceriaan mereka dalam menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

“Walaupun pandemik, saya harap mereka tetap gembira menyambut perayaan ini secara sederhana dan kekal patuhi tatacara operasi piawai (SOP),” kata Datin Seri Masdiana Muhamad kepada SelangorKini.

Sumbangan yang diberi kepada masyarakat Tionghoa itu termasuk wang tunai, tuala mandi, air mineral, limau dan kalendar.

 


Pengarang :