RENCANA

2,365 penghuni PPR dapat pengecualian, tangguh bayar sewa

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.7 juta bagi meringankan beban penyewa rumah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

Dalam laporan kemajuan 20 inisiatif pakej tersebut, Unit Perancangan Ekonomi Negeri memaklumkan peruntukan dalam Pakej Kita Selangor itu membabitkan RM1.7 juta untuk pengecualian sewa bagi Januari dan penangguhan bayaran untuk Febuari dan Mac.

Seramai 2,365 penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah majlis menerima manfaat secara automatik kepada penyewa layak.

Seramai 450 peserta Skim Smart Sewa turut menikmati penangguhan tiga bulan sewa antara Januari hingga Mac, juga secara automatik.

Manfaat itu hasil peruntukan RM1 juta. Pelaksanaannya dijayakan Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd.

Selain itu, RM1 juta diperuntuk dalam program Bingkisan Mesra Selangor untuk dinikmati 2,365 penyewa PPR.

Baucar RM50 hingga RM100 sebulan diberi kepada penyewa dalam enam bulan.


Pengarang :