Dewan Undangan Negeri Taman Templer menyerahkan baucar Jom Shopping kepada penerima sempena meraikan Tahun Baharu Cina pada 9 Februari 2021. Foto Facebook Sany Hamzan
ADNBERITA UTAMASELANGOR

280 penduduk Taman Templer terima baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 11 FEB: Seramai 280 kaum Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer menerima baucar Jom Shopping.

Ahli Dewan Negerinya berkata agihan itu bagi membantu masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) membuat persiapan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

“Baucar bernilai RM100 ini boleh ditebus dengan membuat pembelian hanya di pasar raya NSK Selayang pada 9 hingga 11 Februari ini.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban penerima,” kata Sany Hamzan menerusi Facebook.

Inisiatif Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan bantuan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor mengikut perayaan masing-masing.


Pengarang :