Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 16 Februari 2021. Foto: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

3,320 pesakit Covid-19 sembuh, sepuluh kematian

SHAH ALAM, 27 FEB: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 3,320 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 270,166, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 naik sedikit apabila 2,364 kes direkodkan hari ini berbanding 2,253 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 298,315 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 27,028 kes.

“Sebanyak sepuluh kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,121,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 190 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :