Peniaga dan pelanggan memakai pelitup muka serta mematuhi SOP ketika melakukan urusan jual beli di Sri Gombak, Batu Caves pada 22 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

419 mohon bantuan niaga, ribuan nelayan terima baucar petrol

SHAH ALAM, 26 FEB: Sebanyak 419 permohonan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) diterima Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) setakat 22 Februari.

Dalam laporan kemajuan 20 inisiatif Pakej Kita Selangor, Unit Perancangan Ekonomi Negeri memaklumkan permohonan 18 individu diluluskan membabitkan pembiayaan RM90,000.

“Baki permohonan sedang diproses di peringkat pejabat cawangan,” kata laporan itu.

Turut dimaklumkan, seramai 1,350 nelayan bakal menerima bantuan pembelian petrol pada awal Mac melibatkan kos RM405,000. Perkembangan lain adalah:

-Saringan bersasar Covid-19 memanfaat 758 penduduk dengan kos RM256,494.

-Pengangkutan pesakit berisiko rendah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Serdang membantu 6,909 pesakit.

-Peruntukan khas program Mesra Rakyat dengan kos RM1.58 juta telah disalur kepada 29,851 penerima

Kerajaan Negeri melalui Pakej Kita Selangor menyediakan bantuan Bakul Makanan kepada penduduk yang terjejas susulan peningkatan semula wabak Covid-19

-Bantuan Bakul Makanan akan diagih kepada 6,318 pemandu teksi dengan anggaran kos RM631,800. Seramai 1,601 pemandu bas sekolah turut menerima bantuan sama dengan kos RM160,100

-Penghuni empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) membabitkan 2,365 unit di Kampung Baru Hicom, Kota Damansara, Serendah dan rumah majlis akan terima bantuan makanan antara 22 hingga 27 Februari

-Sebanyak 12 pusat asuhan beroperasi setakat 21 Februari menerusi Inisiatif Cakna anak petugas barisan hadapan. Seramai 368 kanak-kanak menerima manfaat melalui peruntukan RM203,175

-Skim pembiayaan Go Digital yang digabungkan dengan pendigitalan e-dapur dan e-Pembekal Peruncit dan Makro menerima 35 permohonan


Pengarang :