Penghantar barangan Seldec menunjukkan isyarat bagus ketika menunggu giliran mendapatkan inisiatif RiDE oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

500 individu terima manfaat RiDE setakat hari ini

SHAH ALAM, 9 FEB: Seramai 500 individu menerima manfaat program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) dalam tempoh sebulan lebih pada tahun ini.

Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor berkata pihaknya menerima 20,000 permohonan namun banyak ditolak kerana gagal mematuhi syarat.

“Kita perlu teliti setiap permohonan kerana tidak mahu inisiatif ini diberi kepada pihak tidak sepatutnya.

“Antara syarat permohonan ialah pengesahan pemastautin tetap melebihi 10 tahun, berumur 17 hingga 30 tahun, mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 serta ada lesen motosikal B2,” kata Mohamad Nizam Marjugi kepada SelangorKini hari ini.

Pada 14 Disember tahun lalu, Dato’ Menteri Besar berkata seramai 1,980 individu mendapat manfaat program itu sejak dilancarkan pada 1 Ogos tahun sama.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RiDE menawarkan subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus e-panggilan bernilai RM150 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

Program RiDE diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM2 juta.

Mereka yang berminat boleh memohon inisiatif itu menerusi pautan http://msnselangor.gov.my.


Pengarang :