Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat bersama barangan bantuan makanan asas yang akan diagih kepada 500 penduduk di kawasannya. 6 Februari 2021. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNSELANGOR

500 keluarga miskin DUN Rawang terima sumbangan makanan asas

SHAH ALAM, 7 FEB: Seramai 500 keluarga miskin pelbagai kaum sekitar Rawang menerima sumbangan makanan asas sempena Tahun Baru Cina.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata barangan diberikan ialah minyak masak, beras, tepung dan gula.

“Walaupun ini adalah bantuan Tahun Baru Cina kita tidak hanya fokuskan kepada masyarakat Cina sahaja sebaliknya semua bangsa disantuni.

“Hal ini kerana kita faham ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pendapatan semua orang terjejas dan memerlukan bantuan,” katanya kepada SelangorKini.

Menurut Wei Kiat pihaknya berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban dan wang mereka boleh diguna untuk tujuan lain.


Pengarang :