Abdul Hazeeq Hisham, 8, penerima baucar Jom Kembali ke Sekolah anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia di Petaling Jaya pada 26 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

500 pelajar B40 Seri Setia terima bantuan alatan sekolah

PETALING JAYA, 26 FEB: Seramai 500 pelajar keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima bantuan peralatan sekolah daripada wakil rakyat Seri Setia.

Halimey Abu Bakar berkata sumbangan membabitkan pemberian baucar pakaian bernilai RM35, beg sekolah serta alat tulis.

“Disebabkan pelajar prasekolah, tahun satu dan dua sudah dibenarkan kembali sekolah bermula 1 Mac depan, kita edarkan terus sumbangan ini supaya ibu bapa boleh membuat persediaan awal.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka lebih-lebih lagi ketika pandemik
Covid-19 ini,” katanya kepada SelangorKini di pusat khidmatnya, pagi tadi.

Halimey berkata baucar bernilai RM35 itu boleh ditebus di cawangan Mydin berhampiran sehingga Mei depan.

“Bagi memudahkan ibu bapa, mereka hanya perlu membeli pakaian seragam dan kemudiannya beg dan alat tulis boleh diambil di kaunter khidmat pelanggan,” katanya lagi.

 


Pengarang :