Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

5,718 pesakit Covid-19 sembuh, rekod tertinggi

SHAH ALAM, 16 FEB: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 5,718 pesakit sembuh hari ini tertinggi pernah direkodkan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 naik apabila 2,720 kes direkodkan hari ini berbanding 2,176 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 269,165 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 44,129 kes.

“Sebanyak lapan kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 983,” katanya pada kenyataan media harian perkembangan Covid-19.

Beliau berkata terdapat 253 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 118 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :