EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud menyerahkan kit pembasmi Covid-19 secara pandu lalu kepada wakil taska seluruh Selangor di Foyer Jubli Perak, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 23 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

657 taska di Selangor terima kit pembasmi Covid-19

SHAH ALAM, 23 FEB: Sebanyak 657 taska di Selangor terima kit pembasmi Covid-19 bagi membendung penularan pandemik itu dalam kalangan kanak-kanak dan pengasuh.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata sejumlah RM699,426 diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk membantu mereka mendepani wabak pada masa ini.

“Kita harap sumbangan ini akan membuat pengusaha taska lebih bersedia untuk operasi dan terima kehadiran kanak-kanak walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada SelangorKini.

Antara barangan di dalam kit itu ialah pelitup muka, pelindung muka, termometer, cecair pembasmi kuman, apron dan sarung tangan.

Sehingga semalam sebanyak 518 telah menerima kit tersebut manakala bakinya diagih secara pandu lalu di pekarangan Foyer Jubli Perak, Bangunan Sultan Idris Shah di sini hari ini.


Pengarang :