Salah seorang ahli SMUE ceria menerima baucar daripada wakil rakyat DUN Batu Tiga. Foto Rodziah Ismail
ADNSELANGOR

742 ahli SMUE DUN Batu Tiga terima baucar beli-belah

SHAH ALAM, 13 FEB: Seramai 742 ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kelahiran Februari terima baucar Jom Shopping daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga.

Wakil rakyatnya Rodziah Ismail berkata agihan itu diharap membantu meringankan beban penerima terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Inisiatif Kerajaan Negeri ini sememangnya ditunggu-tunggu warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang meraikan ulang tahun kelahiran.

“Selamat hari lahir saya ucapkan kepada semua penerima, saya harap baucar RM100 ini membantu anda untuk membeli barangan keperluan,” katanya kepada SelangorKini.

Kerajaan Negeri menyediakan dana RM20 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE kepada peserta warga emas berusia 60 tahun dan OKU. Untuk semakan status ahli boleh layari http://mesra.yawas.my/smue/.


Pengarang :