Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli mengagihkan baucar kembali ke sekolah kepada wakil penerima. 5 Februari 2021. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN: 200 pelajar terima baucar kembali ke sekolah

SHAH ALAM, 6 FEB: Seramai 200 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati terima baucar kembali ke sekolah bernilai RM100.

Ahli Dewan Negerinya Juwairiya Zulkifli berkata sumbangan itu bagi menampung perbelanjaan ibu bapa membuat persiapan sekolah anak mereka.

“Kita harap bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga tersebut dalam situasi pandemik, dan pada masa sama menambah keceriaan anak-anak memulakan sesi persekolahan tahun ini,” katanya di Facebook.

Pada majlis yang berlangsung di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati itu, Juwairiya turut menyumbangkan seekor ayam segar kepada setiap penerima.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama Pemerbananan Menteri Besar (MBI) dan Pertubuhan Ikram Malaysia.


Pengarang :