Rodziah Ismail (tengah) menyerahkan kerusi roda kepada salah seorang penduduk sekitar DUN Batu Tiga pada 6 Februari 2021. Foto Facebook Rodziah Ismail
EXCOSELANGOR

ADN Batu Tiga serah kerusi roda, bantu penduduk kurang upaya

SHAH ALAM, 7 FEB: Wakil rakyat Batu Tiga baru-baru ini menyumbang empat kerusi roda kepada penduduk sekitar kawasan itu yang berdepan masalah kesihatan.

Rodziah Ismail berkata bantuan tersebut bagi memudahkan pergerakan mereka berikutan ada yang kehilangan kaki dan tidak lagi mampu berjalan.

“Simpati melihat keadaan mereka, justeru kita bersetuju untuk sumbang peralatan ini dan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, inisiatif itu akan terus dilaksana bagi memastikan kebajikan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga terus terbela.

 


Pengarang :