Selangorkini
AGENDA NASIONAL

Ahli parlimen pembangkang tuntut peruntukan bantu rakyat ketika pandemik

SHAH ALAM, 4 FEB: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa menyalurkan peruntukan kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik dalam usaha membantu rakyat ketika pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan bersama, 32 ahli parlimen pembangkang menggesa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencontohi pentadbiran Kerajaan Johor dan Perak yang tidak membezakan pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Malah, katanya, Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) juga sudah lama melakukan perkara sama.

“Peruntukan ini akan membantu ahli parlimen pembangkang menyalurkan dan mengusahakan bantuan kepada penduduk di kawasan kami yang terbeban akibat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

“Rakyat dan pengundi kawasan Parlimen pembangkang tidak sepatutnya menjadi mangsa atas keputusan dan hak demokratik mereka,” katanya.

Mereka turut menuntut janji perdana menteri yang sebelum ini menggesa semua ahli politik mengenepi perbezaan dan bersama rakyat ketika gelombang ketiga Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

“Justeru, kami ahli parlimen pembangkang menuntut janji perdana menteri untuk berpolitik dengan penuh bertanggungjawab dengan menyalurkan peruntukan kepada semua ahli parlimen pembangkang.

“Kerajaan PN sepatutnya menggunakan pendekatan dengan melibatkan ‘keseluruhan kerajaan’ dan ‘keseluruhan masyarakat’ dalam mengendalikan krisis Covid-19 yang semakin buruk pada hari ini,” katanya.

32 ahli parlimen yang membuat kenyataan bersama:

1. Darell Leiking (Penampang)

2. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar)

3. Mohd Azis Jamman (Sepanggar)

4. Hannah Yeoh (Segambut)

5. Yeo Bee Yin (Bakri)

6. Baru Bian (Selangau)

7. Datuk Rozman Isli (Labuan)

8. Salahuddin Ayub (Pulai)

9. Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu)

10. Teo Nie Ching (Kulai)

11. Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud)

12. Mahfuz Omar (Pokok Sena)

13. Khalid Samad (Shah Alam)

14. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Raub)

15. Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya)

16. Wong Shu Qi (Kluang)

17. Teresa Kok (Seputeh)

18. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

19. Dr Lee Boon Chye (Gopeng)

20. Kasthuriraani Patto (Batu Kawan)

21. P Prabakaran (Batu)

22. M Kulasegaran (Ipoh Barat)

23. Chong Chieng Jen (Stampin)

24. Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh)

25. Chan Foong Hin (Kota Kinabalu)

26. Steven Choong (Tebrau)

27. Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

28. Chan Ming Kai (Alor Setar)

29. Dr Azman Ismail (Kuala Kedah)

30. Thomas Su (Kampar)

31. Alice Lau (Lanang)

32. Sim Tze Tzin (Bayan Baru)


Pengarang :