Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media pada 23 September 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Anwar minta rakyat semat sifat terpuji sempena Tahun Lembu

SHAH ALAM, 11 FEB: Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat menyemat sifat bertanggungjawab, disiplin dan melindungi dalam usaha memerangi Covid-19.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata tiga sifat terpuji itu akan melahirkan negara yang kuat serta bermaruah dengan menolak kerosakan ketika pandemik.

“Esok kaum Cina akan meraikan Tahun Baharu Cina dan mengikut tradisi astrologi Cina, tahun ini adalah Tahun Lembu yang membawa maksud bertanggungjawab, disiplin serta bersifat melindungi.

“Saya menggesa semua termasuk diri saya untuk menginsafi dan bersama berikhtiar serta berusaha membendung wabak Covid-19,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu Cina.

Ahli Parlimen Port Dickson juga menyeru rakyat memastikan semangat diri tidak goyah dan luntur sebaliknya harus diperkuat untuk berdepan cabaran.


Pengarang :