Selangorkini
Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menyampai sumbangan mesin sanitasi kepada Badan Pergurusan Bersama (JMB) Zon 6 ketika Ziarah Kasih Menteri Besar di kawasan DUN Sungai Tua di Pangsapuri Kenanga, Batu Caves pada 21 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Badan pengurusan Zon 6 MPS terima enam mesin sanitasi

BATU CAVES, 22 FEB: Sebanyak enam mesin sanitasi disumbangkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Zon 6 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu sebagai usaha memerangi Covid-19 yang kini berada dalam kawasan komuniti.

“Kita harap mereka dapat memanfaatkan mesin ini dan menjalankan operasi nyahcemar di kawasan pangsapuri atau kediaman demi memutuskan rantaian wabak,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Kenanga, Gombak Permai semalam.

Pada masa sama, Amirudin menjangkakan kes positif wabak di Selangor bakal menurun tiga digit sekitar Mac atau April ini sejurus tibanya vaksin.

“Bagaimanapun, kita harap masyarakat disiplin patuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan jaga penjarakan sosial. Walaupun vaksin sudah ada kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Selangor sentiasa menjadi negeri tertinggi kes baharu Covid-19 sehingga terpaksa dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarang :