Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan skim pembiayaan Go Digital secara langsung menerusi Facebook Media Selangor dan Hijrah Selangor pada 10 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Borang skim bantuan usahawan Hijrah boleh didapati seluruh cawangan

SHAH ALAM, 22 FEB: Borang permohonan skim bantuan Hijrah Selangor (Hijrah) untuk usahawan baharu memulakan perniagaan sudah boleh didapati di seluruh cawangan.

Dato’ Menteri Besar berkata pengambilan borang Mikrokedit, Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Go Digital itu dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Pemohon diminta membuat temujanji menerusi panggilan telefon sebelum hadir ke cawangan berhampiran,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook malam tadi.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Amirudin mengumumkan skim NaDI dengan jumlah peruntukan awalan sebanyak RM10 juta yang bakal membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000.

Skim tersebut menyasarkan 3,000 penerima untuk terus berniaga menggunakan lesen penjaja sementara daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala skim Go Digital menyasarkan 3,000 usahawan sedia ada menerusi pinjaman pembelian alat telekomunikasi.

Skim Mikrokredit pula merupakan pinjaman modal untuk usahawan baharu memulakan perniagaan.


Pengarang :